Saturday, 14 February 2015

Kalau boleh aku nak sertakan semua

Salam semua.

Lama sangat rasanya tak menaip dekat sini.  Hari ni macam hari biasa, sama seperti hari 5-6 tahun yang lepas. So far so good. Kerja pun okay. Dapat kerja yang aku enjoy dan aku dalam fasa yang baru dalam kehidupan. Macam2 hal jadi. Macam2 benda aku belajar. Macam2 orang aku dah jumpa.

Di waktu ini. Aku rasa aku cuma perlukan masa bersama orang tua aku. Aku masih rasa kedua orang tua aku masih muda. Boleh buat apa saja. Hakikaynya sekarang, mereka dimamah usia. Aku masih mengejar dunia nak stabilkan diri dengan hidup. Aku tak suka rungsing waktu begini fikir pasal orang tua aku.

Aku risau. Aku sangsi dengan perasaan risau aku ni. Aku risau bila aku risau terlalu banyak benda. Macam aku akan tinggalkan mereka semua. Macam aku akan pergi dari sini. Maafkan segala salah silap. Aku maafkan semua orang sebelum aku tidur. Sebelum terlambat. Semoga tuhan memberkati hidup korang semua.










Terdetik aku nak menaip hari ini. Baca post lama aku. FDR paling handal tak sehandal dulu. Aku pernah minta sesuatu yang paling aku inginkan masa aku berehat dari kecederaan, hari ni tuhan telah tunaikan permintaanku. Aku hamba yang bersyukur.

Sekarang tiba masa aku untuk menunaikan nazarku. Setelah apa aku telah janji dengan tuhan maka akan aku tunaikan. Alhamdulillah. Terima kasih semua yang memberi aku semangat secara langsung atau tidak langsung. Semoga tuhan balas jasa kilan semua.  3321502